Pages

Followers

Saturday, 29 December 2012

Kisah Misteri - Makcik Lapar Nakkk

Sudah lama Halim mengidamkan nasi ayam Kak Leha di hujung jalan.. mujurlah hari ini dia mendapat gaji bulanan dari majikannya.. Halim bersama isteri dan anak tunggalnya turut serta membeli nasi ayam Kak Leha.. niat di hati ingin makan di sana.. oleh kerana terlalu ramai orang di sana mereka mengambil keputusan untuk bungkus saja.. makan di rumah lebih selesa...

Halim memesan makanan.. isteri dan anaknya hanya tunggu di dalam kereta yang di parkir di tepi jalan.. Setelah agak lama menunggu... akhirnya pesanan mereka siap juga... Halim mengambil bungkusan makanan dan terus ke kaunter untuk membayar...



Sedang membayar lengannya terasa di sentuh dari belakang.. di lihatnya seorang makcik tua... kusut masai.. compang camping pakaiannya... berdiri menadah tangan menghadap Halim... bau busuk menusuk hidung Halim... busuk teramat... Halim cuba menahan bau busuk yang datang dari orang tua tersebut... "nakkk...mak cik lapar nakkkkk....." hanya itu yang keluar dari mulut orang tua tersebut... terketar-ketar badannya... mungkin tiada kudrat untuk menghadapi hidup.. mungkin juga umur telah lanjut...

Sayu Halim melihat orang tua itu... tanpa berfikir panjang Halim mengeluarkan sebungkus nasi kemudian diberinya... "terima kasih nakkk..." lemah suara orang tua itu... Orang masih ramai di kedai.. isteri dan anaknya sudah lama menunggu... dia terus saja ke kereta...

..............................................................

Halim mengeluar nasi dan memberi pada isteri dan anaknya... "eh.. mana nasi abang?" tanya isterinya kepelikan...
"owhh.. tadi abang beri pada sorang makcik tu... kesian.. dia laparr..." Halim menerangkan kejadian sebentar tadi...

Mereka makan bersama-sama.. berkongsi bahagian masing-masing...

..................................................................

3 Bulan Kemudian...............

Hampir luruh hati Halim dan isterinya apabila doktor memberitahu yang anak tunggal mereka menghidap barah.. anaknya terbaring di katil... kejadian yang tidak di sangka.. sakit kepala yang berlarutan itu rupanya barah...

Pada malam itu isteri Halim menemani anaknya.. dia tidur di atas bangku bersebelahan katil anaknya... dia hanya mampu berdoa pada Allah... tak henti-henti air mata yang mengalir...

"astaghfirullahal'azim...." isteri Halim istihgfar berkali-kali... tersentak dari tidurnya... terbangun dari mimpi sebentar tadi...

Dalam mimpinya... dia melihat ada seorang tua berpakaian compang camping menghampiri katil anaknya dan memberi anaknya minum segelas air... "bangunlah nakk.. anakmu sudah sembuh...." dia terus terbangun selepas mendengar kata-kata dari orang tua tersebut...

Keesokan paginya dia terus menceritakan kepada suaminya tentang mimpi yang dialaminya... Halim benar-benar terkejut... dari apa yang diceritakan isterinya... Halim kenal.. siapa orang tua tersebut... itulah orang tua yang dijumpainya sewaktu di kedai makan beberapa bulan dulu... "sayang... ingat lagi tak yang abang cakap abang beri nasi pada sorang orang tua....?? apa yang sayang ceritakan... amat mirip dengan makcik tu..."

......................................................

Halim seakan-akan tidak percaya... "miracle....." itulah yang terpacul dari mulut doktor... setelah melakukan pemeriksaan berkala... doktor mengesahkan barah yang dihadapi oleh anaknya hilang... anaknya sudah sembuh..... tak henti-henti Halim dan isterinya mengucapkan Hamdalah.... memuji Tuhan...

Siapakah orang tua tersebut... ? Halim sering terfikir...apakah akan terjadi jika dia tidak memberi sedekah kepada orang tua tersebut??? Wallahu'alam.. hanya Allah yang mengetahui...


Pesanan Penaja : sesungguhnya sedekah itu menolak bala...

Friday, 28 December 2012

Gempar!! Crop Circle Di Tempat Bersalji

Crop circle memang tidak asing lagi bagi kita... kerana ia adalah satu kejadian aneh... ada yang mengaitkan crop circle dengan makhluk asing... benar atau tidak... Allah Maha Mengetahui... pernah juga gempar dengan berita crop circle di dalam lautan di Jepun.. tetapi berjaya di rungkaikan... ianya adalah kerja ikan buntal untuk menarik perhatian pasangannya..


Seorang jurutera dari British iaitu Simon Beck berusia 54 tahun.. telah membuat snow art seakan-akan bentuk crop circle.. memang menarik... menakjubkan,,, beliau memakai kasut salji dan berjalan membentuk corak geometri ... crop circle salji ini dapat di lihat di sebuah ski resort di Les Arcs, Perancis...















Burung Apa? Burung Murai vs A touching story of an old father, son and a sparrow

Burung apa...? Burung murai.... ingat lagi tak dengan iklan raya daripada petronas pada tahun 2007... iklan yang sangat menyentuh hati.. diiringi dengan lagu background Sudirman... memang syahdu habis.... silap-silap boleh menitis air mata... tapi... ada satu film pendek dari Greek yang bertajuk 'A touching story of an old father, son and a sparrow' juga mempunyai jalan cerita yang sama... tetapi juga pada tahun 2007... wallahu'alam.. siapa yang tiru siapa.... atau mungkinkah secara kebetulan? tapi bagi aku.. iklan yang petronas tu lebih menusuk hati... maaf la.. aku baru ja tau mende ni.. saja nak kongsi.. hehe





Wednesday, 26 December 2012

Kisah Seram - Amira Rindukan Nenek


Semenjak kematian nenek, Amira menjadi seorang yang pendiam... kerana masih lagi anak kecil.. beliau belum mengerti apa-apa tentang itu.. kerap kali dia bertanya kepada ibu dan ayahnya...


"mama, mama.. mana nenek..." soalan yang sering muncul dari mulut Amira.. Namun jawapannya seringkali berbeda... Ayahnya sangat marah apabila si ibu tidak jujur dengan anaknya.. bagi ayahnya... walaupun anak kecil itu belum mengerti.. tetapi kita sebagai orang dewasa jangan sekali-kali berbohong... jika suatu hari nanti dia mengeti... bukankah keadaan lebih parah..

"sayang... nenekmu belum pulang... nanti apabila nenek pulang mama akan beritahu ya..." jawapan yang sering terdengar dari ibunya.. Amira tetap menunggu dan bertanya kepada kedua ibu bapanya...

Pada mulanya ibu dan ayah Amira merasa itu adalah perkara normal.. mungkin dua tiga hari nanti Amira akan lupa akan neneknya... tetapi sangkaan mereka meleset.. keadaan Amira tetap juga begitu.. bahkan semakin parah... Amira kemurungan..

Tambahan pula guru di sekolah menelefon ibu Amira.. mengkhabarkan tentang prestasi anaknya itu telah menurun secara mendadak... mungkinkah Amira sakit.. atau ada masalah di rumah... Ibunya memberitahu gurunya yang anaknya itu rindukan neneknya yang baru sahaja meninggal dunia..

"Puan perlu lakukan sesuatu... saya kasihan lihat dia...tidak mahu bergaul.. malah loceng rehat berbunyi anak puan masih lagi di bangkunya.. tidak berganjak.. setahu saya dulunya dia tidak begini... dia sering saja mengambil bahagian dalam kelas... sentiasa ceria... saya harap puan dan suami membuat sesuatu..." terngiang kata-kata guru di telinga si ibu.. tanpa berfikir panjang dia menelefon suami yang sedang bekerja untuk memberitahu apa yang berlaku sebentar tadi.

"abang... macam ni la.. saya akan bawa anak kita tu pergi berubat... kawan saya ada tau tempatnya di mana..."
"okay.. baiklah kalau begitu.." suaminya akur dengan kata-kata isteri kerana dia tidak mempunyai banyak waktu kerana sering sibuk di pejabat.
.......................................................................

Amira kini kembali ceria seperti dulu.... ibu dan ayahnya merasa lega... "pandai juga kan bomoh tu ye bang" puji si isteri... mereka juga tidak pasti apakah kaedah yang digunakan..

Hinggalah tiba suatu malam... kebetulan hari itu ayah Amira kerja lebih masa... jam 12 tengah malam baru tiba di rumah... pintu di buka... rumah gelap kerana lampu di matikan... kasutnya di letakkan di rak kasut kemudian melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah...

Kemudian dia terdengar suara orang berbual... apabila di picing telinganya... yaa.. benar.. suara itu datang dari bilik Amira... pada mulanya dia langsung tidak mensyaki apa-apa... dia merasa ada yang tidak kena... dia mula mendengar butir-butir perbualan anaknya itu..

"nenek nenek... kenapa nenek selalu datang pada waktu malam... " tanyaAmira dengan manja..
"nenek nak temankan Amira la sayang...."

Tersentak apabila dia terdengar perbualan anaknya...

"amira.. amira!!.. buka pintu....." pintu di ketuk bertalu-talu.... keadaanya cemas... mana mungkin ibunya yang telah meninggal itu kembali ke dunia...  pintu tetap tidak dibuka... kemudian dia mengambil kunci pendua.. dammmm.. pintu dibuka...

Kelihatan Amira sedang duduk di atas katilnya...
"amira!!.. kamu berbual dengan siapa tadi.... jawab.. ayah tanya ni....!!" bentak ayahnya...

Amira hanya berdiam diri... langsung tidak menjawab pertanyaan ayahnya.. Ibu Amira terjaga apabila mendengar kekecohan tersebut lantas bergegas ke bilik anaknya...

"ya Allah ...abang.. kenapa ni... apa yang anak kita dah buat....?"
"itu la awak tak tahu... anak kita tadi berbual dengan siapa awak tau? saya dengar anak kita ni sembang dengan neneknya.... apa yang awak dah buat padanya.... Amira... beritahu ayah... dengan siapa kamu berbual tadi...."

Sesekali Amira terpandang ke arah belakang ayahnya... tiba-tiba ayahnya kaget melihat kelakuan anaknya... "amira... apa yang kamu lihat tu.." suara ayahnya mengendur...

Sambil menuding ke arah belakang ayahnya Amira membalas "tuuu.. nenek di belakang ayahhhhhh...."





Pesanan penaja: aku pun tak tau ada ke tak yang nak baca.. aku pun tak tau seram ke tak.. hahaha... sila komen beri saranan dan kritikan agar aku bisa mengkarang ceria seram lagi... ngeh3...

51m Trampoline Di Dalam Hutan Di Russia - Video & Foto

Selalu jalan-jalan kat pasaraya.. sekarang banyak yang ada trampoline. Trampoline tu sejenis makhluk asing... hehehe.. takde la.. trampoline tu .. alaa.. yang boleh melantun-lantun tu... tapi.. kat Russia.. dorang ada 1 projek.. dorang ni pasang trampoline sepanjang 51m... panjang tu beb.. aishh.. kalo ada kat sini.. mau melompat-lompat la ku hari-hari... hehehe.. jom tengok gambar dan video keghairahan mereka bermain... ala kodok gitu.. lompat lompat.. kiut kot... haha untuk maklumat lanjut.. korang tengok sini Salto










Erkk... Cencorship Towel

Wow.. cool gila tuala ni... bila  pakai nampak macam di cencor.. dah memang nama pun cencorship towel.. ye tak... kalo pakai ni memang seksi habis.. meletopppp... haha...jom.. layannnnnnnnn
Sumbangan




Tuesday, 25 December 2012

Mesti Tengok Bike Matador - Video Inside

Matador... korang mesti tau apa tu Matador.. kalau tak tau.. atau tak ingat aku akan cuba ingatkan korang.. matador tu adalah seorang pelaga lembu (bullfighter) yang popular di Spain, Portugal, Mexico, dan negara-negara yang terdapat Spanish Culture... tapi permainan ni bahaya... silap gaya boleh mati wooo....

Hehe.. sekarang aku nak tunjuk bike matador plak... gaya macam orang tak betol pon ada.. haha.. apa-apa pun layan je laa.... atau korang nak cuba jugak buat gini.. silakan.. kalo kena langgar aku tak tanggung.. wakaka... Sumbangan




Air Pancut Yang Menakjubkan Senyummmm

Koleksi air pancut di serata dunia yang mempunya bentuk yang unik... mungkin ada yang lucah..mungkin itu yang menjadi daya tarkan... hehehe... jom tengok ambar air pancut ni... mungkin gambar-gambar ini akan membuatkan korang ceria.. tersenyum... harap takde yang nak maki... hehehe.. jom layannnn Sumbangan







 








DIY - Cara Membuat Motosikal Menggunakan Lighter

Memang cool... hehehe.. kepada sesiapa yang menghisap rokok.. pasti menggunakan lighter... jadi bila gas dah habis.. jangan di buang... sebab lepas ni korang boleh jadikan lighter korang tu sebagai motosikal kecil.. boleh buat koleksi.. hiasan.. hadiah.. atau mungkin adaa yang nak jadikan sebagai pendapatan.... hehehe.. jom tengok cara membuat motosikal menggunakan lighter... selamat mencuba.... Sumbangan






Monday, 24 December 2012

Anamorphic Illusion Yang Menakjubkan


Lihat gambar di atas ni... Sebenarnya.. ini bukanlah seperti yang korang lihat... inilah ilusi optik... pandangan mata kadang-kadang tertipu... Gambar di atas menunjukkan ada sebuah cucical rubick, kasut, dan pita pelekat... dan trik anamorphic ni sebenarnya hanya akan dilihat jika kita berada dalam kedudukan sudut yang betol...  kalau korang pusing gambar atau kedudukan sudut korang tak betol.. korang takkan nampak apa yang nampak macam gambar di atas.. untuk maklumat lanjut tengok video di bawah... kalau korang teringin buat.. download gambar di bawah... selamat mencuba... Sumbangan




Foto Seiras Tetapi Bukan Kembar

Pernah tak korang terbayangkan yang korang mempunyai seorang yang seiras dengan korang? Bukannya kembar... bukan adik beradik.. tiada pertalian darah.. tapi mempunyai wajah seiras... sama macam kembar.. kalau berjalan sebelah pon orang akan fikir kembar atau adik beradik.. hakikatnya bukan... hehe.. cuma macam aku.. pernah juga orang tegur aku... "ehh.. si polan tu muka macam ko la..." macam gitu je la.. tapi aku tengok tak sama pon... hehehe...

Seorang photographer dari Canada iaitu François Brunelle telah memotretkan lebih 200 foto kembar seiras ini... tetapi mereka tidak mempunyai pertalian darah.. cuma wajah mereka sahaja yang seiras.. untuk maklumat lanjut rujuk di sini -----> François Brunelle   Sumbangan

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...