Pages

Followers

Friday 30 November 2012

Beg Tangan Tertua Ditemui Di Hias Menggunakan Gigi Anjing


Wow... memang menakjubkan... sebuah purse yang tertua di dunia telah di temui di Jerman yang di hiasi dengan gigi anjing... sangat cool... memang bergaya habis la...

Mereka telah menemui purse ini dengan lebih seratus gigi anjing tersusun rapat dalam kubur yang bertarikh antara 2,500 dan 2,200 SM... Setelah beribu-ribu tahun kulit atau kain telah hilang yang tinggal hanyalah gigi dan ianya seperti beg tangan moden..

Selain itu mereka juga menemui berbagai barangan lagi seperti mata lembing, alat batu dan lain-lain.

Mungkin kita rasa kita dah moden.. tapi zaman tu mungkin lebih canggih dari kita.. siapa tahu.. betol tak..

Spesis Baru Ikan Pelik di Temui Di Laut Dalam New Zealand

Spesis baru ikan yang pelik di temui di laut dalam di New Zealand.. memang menakjubkan.. kalo kat laut biasa memang tak dapat la nak tengok mende macam ni... ikan-ikan ini di temui pada paras berkilo meter dalam laut....











Thursday 29 November 2012

Gambar : Foto Micro Terbaik 2012

Subhanallah.. memang cantik gambar-gambar ni... jom tengok...


Tempat Pertama - Bright Brain
Apa yang korang nampak ini sebenarnya bukanlah lampu neon ke lampu pasar malam ke lampu krismas ke... ini sebenarnya ialah foto otak embrio Zebrafish..



Tempat ke-2 - Baby Spider
comel je kan....


Tempat ke-3 - Cancer Cell
Gambar kanser tulang dalam badan manusia atau osteosarcoma
bertukar menjadi satu hasil seni setelah diperbesarkan gambarnya 63 kali 
oleh Dylan Burnette daripada Istitut Kesihatan AS.

Tempat ke-4 - Pupal Friut Fly
ini bukanlah ufo atau gambar angkasa lepas..
ini sebenarnya foto pulpa lalat buah yang telah dibesarkan sebanyak
1,500 kali. Memang gila cantikk

Tempat ke-5 - Phosphate CloseUp
Foto mineral fosfat yang berwarna kuning keperangan.. 
uiiihh cantikk

Tempat ke-6 - Vibrant Algae
wahh.. macam dalam imaginasi... dalam cite katun pon ada..
inilah gambar alga cosmarium yang dibesarkan beratus kali ganda.

Tempat ke-7 - Fruit Fly Eye
Gambar mata lalat buah dibesarkan 60 kali ganda..
cantik jugak kan...

Tempat ke-8 - Sea Gooseberry
Foto larva gooseberry laut yang telah dibesarkan
500 kali ganda oleh Gerd A. Guenther Dusseldorf, dari Jerman.

Tempat Ke-9 - Larva-Carrying Ant
Gambar semut membawa larva keluar dari sarang
untuk mengawal suhu mereka ini telah di besarkan sebanyak 5 kali
oleh Geir Drange Akser dari Norway.

Tempat ke-10 - Brittle Star
Brittle star ini adalah hidupan laut yang terdapat pelbagai warna dan 
dilindungi oleh duri yang bergerigi.


Nebula Horsehead Menakjubkan


Sunguh cantik alam ciptaan Allah ini.. inilah gambar Nebula Horsehead yang di ambil gambarnya pada 17 Nov lalu di balai cerap New Forest, UK. Imej menunjukkan bahawa Nebula Horsehead adalah sebahagian daripada debu-debu itu.. Jaraknya ialah kira-kira 1,500 tahun cahaya... cantik kan?


Misteri Venus Kucing Berwajah 2 - Video Inside

Venus mungkin adalah kucing yang paling terkenal di planet ini kerana dia mempunyai dua wajah... mungkin seperti watak jahat dalam cerita Batman... Two-Face...

Leslie Lyons iaitu seorang profesor dalam bidang genetik di Universiti California mengatakan dia tidak pernah melihat kucing yang sama seperti Venus.

"Perkara ini amat jarang berlaku" kata Lyons. "tetapi anda boleh menerangkan dan anda juga boleh memahaminya".

Terdapat laporan yang mengatakan Venus ini adalah sebagai "chimera". Dalam mitologi "chimera" ialah raksaksa yang terdiri daripada bahagian haiwan-haiwan yang berbeza..

Venus juga mempunya mata berwarna biru. Lyons mengatakan selalunya kucing yang bermata biru adalah kucing siam. dan dia juga tidak dapat menjelaskan kenapa hal itu terjadi..

"ini adalah misteri" katanya lagi...




Trick Menghilangkan Sudu - Video Inside

Trick ni memang best... nak buat prank pon cantik... walaupun sudu ini kelihatan seperti sudu biasa... tetapi sebenarnya tidak... ianya adalah sudu yang diperbuat daripada galium...

Sudu galium ini bunyi seperti sudu biasa tetapi ianya akan cair beberapa saat jika di rendam di dalam air panas... video ini sebenarnya daripada pengedar kit untuk membuat barangan daripada galium iaitu DisappearingSpoons.com .. dan di sertakan tutorialnya... jom saksikan...




Wednesday 28 November 2012

Sculpture Boleh Berjalan - Video Inside


Seorang artis dari Belanda iaitu Theo Jansen telah mencipta sculture yang boleh bergerak menggunakan tenaga kinetik... memang menarik dan sangat mengkagumkan.. dia mencipta binatang mekanikal itu menggunakan paip plastik... boleh rujuk di sini Theo Jansen Wikipedia. jom tengok gambar dan video sculpter tersebut..






 


Menara Pencakat Langit Daripada Komputer Terbuang

 Artis daripada Italy iaitu Franco Recchia telah menggunakan komputer terpakai untuk membina arca bangunan pencakar langit yang menarik dan unik.. sangat menakjubkan.... jom kita tengok gambar-gambarnya...





Seni Kertas 3D yang Cool

 

Cool gila karya seni kali ni... dengan kertas sahaja jadi macam-macam.. aku pun tau jugak la sikit-sikit nak buat origami... yang aku tau ialah membuat kapal terbang kertas... :p itu pun kira origami jugak la kan..  jom tengok karya daripada Cheong-ah Hwang yang mereka imej daripada lapisan kertas untuk menghasilkan imej 3-D.. cool beb...






Pepijat Air Gergasi Makan Kura-kura - Video Inside


Wahh... pernah tengok pijat air? selalu yang kecik-kecik je.. tapi kali ini adalah yang gergasi.. baru-baru ini.. imej pijat air ini telah di rakam sedang memakan seekor anak kura-kura.. memang sangat menggemparkan...

 Pijat gergasi ini menggunakan kakinya untuk mencengkam mangsa dengan kuat dan menyuntik leher mangsa dalam usaha untuk membunuhnya...


Pepijat air ini tergolong dari keluarga Lethocerinae yang dikenali sebagai pemangsa kepada vertebrata kecil termasik ikan dan katak. Tetapi pepijat air ini jarang di makan oleh reptilia kerana saintis telah memerhatikan bahawa spesis ini memakan ular dan kura-kura.. ia juga boleh membesar sepanjang 15cm panjang... besar gila...




Jam 10,000 Tahun




Berapa tahunkah paling lama sesebuah jam boleh berfungsi? mungkin 2 tahun, 3 tahun hingga 5 tahun... pernahkah korang jumpa jam yang dapat berfungsi selama 10,000 tahun... menakjubkan... ianya adalah satu tempoh masa yang amat lama... dan sudah pasti tiada manusia yang akan hidup pada jangka masa selama itu...

'10,000 years clock' adalah satu projek membina jam yang berfusngsi selama 10,000 tahun... ianya jam loceng yang di pasang di sebuah gunung di barat Texas pada ketinggian beratus-ratus kaki.. Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan jam ini ialah keluli tahan karat gred 316, titanium dan bearing ceramic.

Jam ini akan membunyikan loceng yang telah di set padanya dalam jangka masa 1 tahun, 10 tahun, 100 tahun, 1,000 rahun dan 10,000 tahun...  selanjutnya korang rujuk sendiri macam mana ia di pasang...

10,000 years clock  









Sculpture Pisang - Gambar


Jom tengok gambar sculpture yang diperbuat dari pisang.. menarik kreatif dan sangat teliti hasil kerja yang di lakukan oleh artis ini...




Pilih mana satu yang korang suka... nak makan pun sayang... hehe.. daripada berbuang kena la makan jugak... kekeke

Facekini Kegilaan Remaja di China


 Di katakan sekarang ini demam Facekini di China.. tapi adakah ianya dapat setanding dengan masyarakat dunia yang kini menggunakan Facebook...

 Facekini bukanlah sebuah rangkaian sosial.. tetapi adalah topeng yang menyerupai topeng perompak bank.. hehe... Jika masyarakat barat lebih suka berjemur untuk mendapatkan kulit yang gelap.. tetapi mereka di China inginkan kulit yang cerah... jika kulit gelap.. low class kata mereka... ia seperti petani, buruh kasar dan orang yang rendah kastanya... harganya juga berpatutan sekitan 15-25 yuan... korang convert la sendiri...







Agak-agak korang nak jadi macam nacho libre ke apa ke.. sesuai la pakai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...