Pages

Followers

Sunday 23 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 11


Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. 9 fuel saving tips to help you save big

Persoalannya ialah, bagaimana mereka boleh mengetahui pulak yang masa Al-Bashar telah hampir tamat dan tak lama lagi Bapa Al-Insaan iaitu nabi Adam a.s. dan Hawa akan diturunkan ke Bumi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah. Siapa pulak yang beritahu mereka?

Di sinilah sebenarnya bermulanya karier kejahatan Azazil a.k.a. Lucifer a.k.a Iblis semenjak dihalau keluar daripada Taman Syurgawi.

Sewaktu masa semakin hampir bagi Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke Bumi, Azazil yang ketika itu baru sahaja dihalau daripada Taman Syurgawi telah menggarap satu rancangan. Apa yang dirancangkan oleh Azazil ialah mengajak Al-Bashar bersama2 dengannya untuk mempertikaikan kehendak Allah menurunkan Al-Insaan bagi menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah di Bumi.

Azazil telah menemui seorang yang sangat berpengaruh di dalam kelompok keturunan Apolloc yang bernama Al-Hin. Kepada Al-Hin diceritakan oleh Azazil tentang Nabi Adam a.s. dan Hawa yang tidak lama lagi akan dihalau daripada Taman Syurgawi dan duduk di Bumi sebagai khalifah baru. Sambil itu, Azazil juga cuba menakut2 kan tentang hakikat bangsa Al-Bashar akan terhapus tidak lama lagi.

Al-Hin memang telah lama mengenali Azazil. Al-Hin bukan sahaja bersahabat dengan Azazil sahaja malah kenal rapat juga dengan ramai raja2 Al-Jin yang terlebih dahulu mendiami dunia sebelum kedatangan Al-Bashar. Pendek kata, Al-Hin dan kaum kerabatnya ini juga boleh tahan hebatnya daripada segi ilmu dan kebolehan (kalau nak cerita tentang Al-Hin ni pun satu kisah yang panjang... kalau diizinkan Allah saya akan kongsikan kisah2 nya di dalam siri posting2 yang lain nanti).

Dipendekkan cerita, setelah Al-Hin mendengar perkhabaran daripada Azazil ini, dia pun segera memanggil beberapa rakan karibnya yang bernama Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram. Mereka berempat pun berbincanglah tentang apakah reaksi yang harus diberikan.

[Nota: Al-Hin, Al-Bin, Al-Tam dan Al-Ram sebenarnya bukan bangsa Al-Bashar pun. Mereka berempat ialah satu bangsa lain yang telah ada di Bumi lebih awal daripada Al-Bashar.... malah lebih awal daripada Al-Jin. Bangsa mereka berempat ini telah diberikan hukuman oleh Allah kerana kemungkaran mereka dahulu. Hukumannya ialah...mereka dipanjangkan umur tetapi tidak boleh melahirkan zuriat. Bangsa ini diberi gelaran Bangsa Polippa. Fizikal mereka ialah mirip seperti Al-Bashar dan Al-Insaan tetapi bersayap yang amat cantik. Populasi mereka yang tinggal ialah 7,000 orang.]

Ok... sambung balik. Mereka berempat ini ialah ketua kepada 4 kumpulan Bangsa Polippa. Bangsa Polippa ini telah lama diberikan kebenaran oleh raja2 terdahulu daripada keturunan Appoloc untuk hidup bersama dengan Al-Bashar. Mereka berempat ini sangat dipercayai oleh Apolloc oleh kerana tingginya ilmu mereka dan taatnya mereka kepada suruhan Allah selepas redha menerima hukuman mereka itu.

Akhirnya, setelah berbincang selama 1,000 tahun, mereka sepakat berjumpa raja Apolloc ketika itu yang bernama Pasadun... abang kepada Zauss (bapa kepada Helion) untuk memberitahu tentang cerita Azazil. Tidak lama selepas itu Pasadun yang telah tua itu telah mati sebelum membuat sebarang keputusan.

Oleh kerana kematian Pasadun, Zauss secara adatnya menggantikan Pasadun sebagai pemangku raja Al-Bashar sementara menanti lantikan raja baru dibuat. Namun, sebelum raja baru dilantik Zauss segera membuat keputusan untuk menamatkan pemerintahan Apolloc ke atas Al-Bashar dan mengarahkan semua keturunan Apolloc untuk berpindah ke Bulan Kedua. Setelah semuanya berpindah, orbit Bulan Kedua telah diubah supaya hubungan Apolloc dan Al-Bashar terputus. Hanya Helion sahaja yang sanggup untuk tinggal sebagai raja terakhir Al-Bashar. Selepas itu, seperti yang diceritakan di dalam Part 10, selepas kematian Helion... bangsa Al-Bashar telah berperang sehingga mereka terhapus daripada Bumi dan Bulan.

Sebagai kesimpulan untuk Part 11 ini, kita boleh senaraikan saki baki beberapa Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita Al-Insaan di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa PolippaAl-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.
Dua potong ayat2 Al-Quran yang pada pendapat saya mungkin boleh menggambarkan kewujudan bangsa-bangsa ini ialah:

Al Ankabuut - Ayat 19

'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'

Al An'am - Ayat 6

'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'

(Insyaallah... bersambung)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...