Pages

Followers

Saturday, 22 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 10


Maklumat seterusnya yang ingin dikongsikan ialah penipuan NASA tentang 3753 Cruithne. Haaaa... apa benda 3753 Cruithne tu? Boleh makan ke? Macam nama kuih jer....

Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya... sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA.

Begini ceritanya....

Tidak lama dahulu, pada tahun 1986 NASA terpaksa mengumumkan yang mereka telah menemui 3753 Cruithne. Mereka tak boleh nak sorok lagi kerana teleskop pengkaji bintang amatur pun telah dapat mengesannya. Walaupun demikian, seperti lazimnya berlaku... oleh kerana semua orang dok percaya kepada NASA, geng2 jahat telah menggunakan kepercayaan ini bagi mengaburi mata kita dengan mengisytiharkan 3753 Cruithne sebagai hanya sebiji asteroid. Sebijik asteroid yang tidak membawa apa2 makna kepada kita rakyat biasa di Bumi ni.

[Nota: Sebenarnya, penemuan ini pernah diumumkan lebih awal lagi oleh seorang ahli kaji bintang bernama Frederic Petit pada 1846. Komuniti saintis yang dikuasai geng2 jahat pada masa itu dengan mudah telah menafikan beliau.]

Maka... apakah signifikasi sebenar Bulan kedua ini sebenarnya?

Anda telah mendengar tentang cerita tentang Appoloc, Atalan dan Lamarakh. Anda juga telah dengar cerita peperangan besar di zaman Al-Bashar dan anda kini tahu yang saki baki mereka masih hidup bersama2 dengan kita hingga ke hari ini. Cuma... anda mungkin tidak menyedari beberapa perkara lagi.... insyaallah akan diceritakan sebentar lagi.

Pada 20 Disember 2011... Bulan kedua ini sebenarnya telah dilihat jelas dengan mata kasar. Gambar yang saya sertakan sebagai posting ini di ambil di Busby, Australia pada pukul 1.20 pagi. Pada masa itu ramai yang terperanjat dan mengatakan inilah tanda2 hari kiamat semakin menghampiri kita. Apakah penjelasan daripada NASA pula tentang bagaimana ini boleh terjadi? Anda boleh dapatinya dengan mudah di Wikipedia.

http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne

Adakah anda percaya dengan penjelasan NASA ini? Terpulang kepada anda.

Sekarang mari kita menyambung cerita tentang Bulan dan Bulan Kedua ini. Sebenarnya, Al-Insaan telah pun tahu tentang hal ini beribu-ribu tahun dahulu lagi. Malah bagi Al-Bashar, mereka telah tahu hal ini jutaan tahun dahulu lagi. Mereka juga telah biasa berulang-alik di antara Bumi, Bulan dan Bulan Kedua ini yang juga merupakan mini-planet yang mampu menampung pelbagai hidupan.

Apa yang saya belum ceritakan ialah bagaimana keturunan Apolloc tulen pupus selepas Helion, raja terakhir Atalan dan Lamarakh daripada keturunan Apolloc mati.

Sebenarnya, keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua. Selepas mereka berhijrah, mereka telah menggunakan teknologi mereka (nota: Apolloc menguasai kedua2 teknologi Atalan dan Lamarakh).... untuk mengubah orbit Bulan Kedua ini. Tindakan ini sebenarnya mendapat tentangan banyak pihak namun mereka tidak sempat menghalangnya. Tujuan pengubahan orbit Bulan Kedua ini ialah bagi memutuskan perhubungan keturunan Apolloc dengan Bumi dan Bulan.

Setelah sekian lama mereka (keturunan Apolloc) duduk di Bulan Kedua ini, timbul pula rasa ingin tahu tentang perkembangan Bumi. Maka, sekumpulan kecil Apolloc telah membuat keputusan untuk pergi menziarahi Bumi dan Bulan. Apa yang berlaku ialah kebelakangan ini mereka semakin kerap menziarahi Bumi. Kekerapan yang semakin tinggi ini adalah disebabkan 2 perkara berikut:

1. Mereka merasa kasihan dengan keadaan Al-Insaan yang pada pandangan mereka telah semakin jauh tersesat di dalam tipu daya Syaitan, Dajjal dan konco2 nya; dan

2. Mereka bimbang dengan perkembangan hasil percampuran genetik Al-Bashar dan Al-Insaan yang semakin berleluasa di Bumi (i.e. Bangsa Kerinchi dan beberapa bangsa lain yang saya belum ceritakan lagi).

[Nota: Lawatan keturunan Apolloc ke Bumi dan Bulan inilah yang dijadikan modal oleh geng2 jahat untuk mengada2 kan cerita Anunaki dan Ancient Astronaut Theory yang mengatakan kononnya makhluk asing a.k.a. UFO telah pernah datang melawat tamadun2 terdahulu seperti Maya, Aztech, Inca, Machu-Pichu, Egypt, dsb. bagi mengajarkan mereka teknologi tinggi. Tidak cukup dengan itu, sehingga kini kita dimomokkan dengan kisah X-Files dan UFO yang kononnya makhluk asing datang membuat penyelidikan di Bumi dan Bulan.]

(Insyaallah... bersambung)

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 9


Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang “Projek Bulan” mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan... pergi teroka angkasa kah... atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama?

Sebenarnya kebelakangan ini... rupanya ada perkembangan tentang respon Atalan Bulan kepada misi-misi NASA ke Bulan. Antara lain, mesej yang dibalas oleh Atalan Bulan ialah teknologi yang didesak untuk penyerahan kepada Atalan Bumi dan NASA kini tidak lagi berada di tangan mereka. Habis tu... duduk kat siapa pulak? Atalan Bulan telah berkeras mengatakan, teknologi itu kini telah dibawa lari oleh sekumpulan Atalan Bulan di mana mereka telah menyorokkannya di salah sebuah planet di dalam Sistem Suria kita. Betul kah begitu?

Sebenarnya saya pun tidak pasti kerana ada juga indikasi dan petunjuk yang mengatakan sebenarnya teknologi Atalan Bulan ini telah dihantar semula ke Bumi dan kini suatu kumpulan Al-Insaan telah diamanahkan untuk menjaganya. Nama kumpulan ini ialah Paladin. Untuk itu, semua ejen2 geng2 jahat di Bumi i.e. CIA, FBI, Mossad, MI6, KGB dan lain2 kumpulan yang mempunyai pelbagai huruf telah dikerahkan untuk mencari Paladin ini. Seperti biasa, ketua turus misi kumpulan2 pelbagai huruf ini ialah tidak lain dan tidak bukan saudara Adolfo Nicolas Pachon, Head of the Jesuits atau lebih dikenali sebagai “The Black Pope”. Opis beliau... semua orang pun tau... di Vatican City... pusat penyembahan Syaitan terbesar di Bumi.

Kisah tentang Paladin ni mungkin ramai yang pernah mendengarnya. Akan tetapi saya masukkan di sini juga sebagai rujukan. Mungkin juga ramai yang telah menonton watak Paladin ini di dalam wayang gambar terbitan geng2 jahat bertajuk “Jumper”. Di dalam wayang gambar ini, ditunjukkan seolah-olah Paladin ini kumpulan ekstrim Kristian berteknologi tinggi yang jahat dan tidak berhati perut bagi mengelirukan kita. Kisah tentang Paladin ini juga ada kat dalam Wikipedia. Kat dalam Wikipedia pula... Paladin dikatakan juga dikenali dengan nama “The Twelve Peers” dan diasaskan oleh King of Franks iaitu Charlemagne atau lebih dikenali sebagai “Charles the Great”. Paladin dikatakan sebagai Pahlawan2 Kristian yang gagah membantu menawan banyak kawasan2 di Eropah sekitar tahu 780 A.D hingga 850 A.D. Semua ini juga adalah cerita2 yang mengarut bagi mengelirukan kita tentang identiti Paladin yang sebenar.

Watak Paladin juga diwujudkan di dalam bentuk permainan2 video dan komputer seperti Fallout 3, Warcraft, Dungeons & Dragons dan banyak lagi. Permainan online dan permainan2 ringan berasaskan Flash pun banyak. Al-maklum seperti biasa... tukang buat permainan2 atau “games” ni pun geng2 jahat juga. Maka watak Paladin di dalam “games” pun amat2 mengelirukan. Ini belum lagi buku2 dan novel2 tentang Paladin... habis semuanya diputar-belitkan.

Jadi, siapakah Paladin ini sebenarnya? Mereka sebenarnya ialah Al-Insaan terpilih yang dilatih oleh saki baki Atalan baik yang belot kepada Atalan jahat. Mereka menyokong Lamarakh kerana sedar keangkuhan dan ketamakan Atalan lah yang menyebabkan peperangan besar berlaku. Sebab itu.... Paladin mempunyai teknologi tinggi berteraskan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal. Bukan itu sahaja, mereka juga pemegang amanah menjaga teknologi teleportasi dan manipulasi bahan Atalan daripada jatuh ke tangan geng2 jahat.

Berkaitan dengan teknologi teleportasi dan manipulasi bahan ini juga.... ada sumber2 yang saya lihat mengatakan geng2 jahat ini perlukannya bagi membantu Dajjal menghilangkan Al-Masjid Al-Aqsa. Tentang hal ini, saya masih merasakan perlu disiasat lagi... tapi kalau dipikir2 kan mungkin ada juga asasnya. Seperti yang kita tahu, sebagai Plan B, geng2 jahat sedang gigih menggali di bawah Al-Masjid Al-Aqsa bagi meruntuhkannya. Hal ini ada saya kongsikan di dalam posting yang lepas di dalam album NWO.

Daripada Part 1 hingga Part 9, saya telah cuba menjelaskan perkaitan pembohongan Projek Bulan dan projek2 angkasa lepas dengan aspek2 pelan besar atau “blue-print” rancangan2 Syaitan, Dajjal dan konco2 nya. Seperti biasa apa yang saya harapkan ialah cerita2 sebegini tidak terus diterima atau tidak terus ditolak sebelum dibuat sebarang pertimbangan atau siasatan peribadi masing2. Ini supaya tidak berlaku penyakit “Blind Acceptance” mahu pun “Blind Rejection”.

Maka....kalau semuanya dah jelas... apa perlunya Part 10 hingga Part13 pula. Ada sikit lagi hal yang rasanya perlu juga dikongsikan. Harap dapat terus mengikuti apabila posting2 nya dibuat nanti.

(Insyaallah... bersambung)

Thursday, 20 December 2012

Ramalan Kalender Maya Tapi Menggunakan Kalender Aztec

Inilah gambar yang selalu kta lihat
Kalender Aztec

Kerap kali kita membaca tentang Ramalan Kalendar Maya.. tetapi pernahkah kita tahu... yang gambar yang selalu di gunakan itu adalah gambar Kalender dari peradaban Aztec.. dan bukannya peradaban Maya..

Kalender Maya

Peradaban Aztec dan Peradaban Maya adatidak sama.. tetapi yang kerap di tonjol ialah kalerder dari peradaban Aztec.. tetapi mengatakan kalender Maya... jadi untuk mengetahui lebih lanjut... nak tau perbezaan tentang dua kalender ni.. rujuk di sini Mayan VS Aztec    9 fuel saving tips to help you save big

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 8


Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini. 9 fuel saving tips to help you save big

Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi... takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat :P Nanti dulu.... memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain... pasni akan diceritakan.

Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2... kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2.

Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi... Ia adalah salah satu daripda puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi.

Ok... ok... cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni... dah macam bunyik pemandu pelancong plak!

Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini?

Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati... Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar).

Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya... kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak.

Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain.... selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda.

Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci.

(Insyaallah.... bersambung)

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 7



Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6....

NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan “video dan audio feed” kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada “Ground Control Centre” mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA.  9 fuel saving tips to help you save big

Tujuan sebenar penghantaran misi-misi Apollo hanyalah untuk mengelilingi Bulan sahaja. Nak turunkan orang memang merbahaya kerana radiasi yang berat dan mereka juga takut diserang oleh Lamarakh Bulan. Habis tu, apa yang mereka buat sewaktu mengelilingi Bulan?

Mereka memancarkan mesej-mesej Atalan Bumi bagi memujuk Atalan Bulan yang bermastautin di 18 buah bangunan berbentuk piramid tu bagi menyerahkan resipi teknologi ilmu dunia fizikal terhebat mereka. Ini kerana Atalan Bumi telah lama kehilangan resipi teknologi ini kerana pembelotan sekelompok Atalan sewaktu peperangan dengan Lamarakh dahulu (cerita pembelotan ni pun kalau nak citer... panjang jugak). Ringkasnya, kelompok ini belot kerana mereka merasakan Atalan lah yang bersalah mencetuskan peperangan dengan Lamarakh. Atalan lah yang telah bertindak terlebih dahulu melancarkan serangan ke atas Lamarakh (Ni macam perangai Israel la ni).

Sekarang kita cerita sikit tentang teknologi yang telah hilang dari Atalan Bumi. Ia melibatkan kebolehan memanipulasi atom serta molekul dan secara kasarnya terbahagi kepada 2 bidang utama:

i. Teleportasi – mengalihkan sesuatu jasad fizikal (tak kira la besar mana pun) daripada satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Contohnya.. macam yang berlaku dalam zaman Nabi Sulaiman a.s. bila istana Ratu Balkis dipindahkan. Cuma masa tu Asif Bin Baqriya guna ilmu lain... bukan ilmu Atalan ni. Atau macam citer Star Trek... boleh beam orang dpd satu tempat ke satu tempat. Atau lebih advance lagi... mcam citer Stargate... boleh lompat daripada satu portal ke satu portal lain.

ii. Manipulasi bahan – menukar sifat sesuatu bahan... contohnya seperti cerita King Midas la ni... boleh tukar apa2 benda kepada emas atau macam citer komik Pedang Sitiawan boleh menukar kayu jadik pedang, dsb. Senang jugak kan... bila lapar jer tukar pasir jadik nasik beriani

Alhamdulillah... sehingga kini Atalan Bulan masih belum menyerahkan semula teknologi kepada Atalan Bumi dan NASA.

Ini lah di antara sebab mengapa setiap kali ada piramid ditemui di mana2 bahagian di Bumi, geng2 jahat akan segera menguasainya. Ini termasuk piramid yang berada di dalam hutan simpan Taman Negara Pahang (kita rakyat Malaysia pun tak diberitahu hal ni). Sedikit info tentang piramid Malaysia ini ada saya kongsikan di dalam posting2 yang lepas dalam album NWO ni.

Ini kerana piramid2 ni pernah menjadik kampung halaman Atalan suatu masa dulu dan di situ terdapat portal2 yang sehingga hari ini masih aktif. Maknanya kalau Atalan Bulan nak balik Bumi... tak payah susah2 nak naik kapal angkasa... teleport sahaja... maka sampai la mereka ke Bumi. Dengan teknologi teleport dan manipulasi bahan ini juga... bolehlah kita bayangkan mengapa membina piramid bukanlah menjadi perkara yang sukar untuk mereka.

[Nota: Semua teknologi yang diceritakan dalam Part 6 dan Part 7 ini hanya melibatkan teknologi Al-Bashar sahaja. Belum cerita lagi pasal teknologi Kumpulan Al-Jin dan Al-Insaan. Bayangkan kalau teknologi2 ini bergabung. Mungkin kita akan rasa sangat hebat... tapi tak lah hebat pun sebenarnya kalau berbanding ilmu Allah. Itu sebab di dalam Al-Quran ada banyak kali kita semua ditempelak... kalau Al-Jin dan An-Naas (Al-Bashar + Al-Insaan) bergabung pun tak boleh nak buat seperti apa yang Allah buat]

(Insyaallah... bersambung)

Berita Baik Untuk Korang Semua.....



Pengumuman.. ada berita baik untuk korang semua.... sekarang ni aku dah guna Intensedebate... apa yang baiknya? baik untuk pengomen la... secara tak langsung promosi korang punya entry baru... jadi tajuk korang tu letak bagi gempak sikit... ye tak..

Kalau korang nak pasang jugak intensedebate ni.. korang click ja kat intensedebate kat bawah tu... then korang register dan install... sekian...

Tuesday, 18 December 2012

Gempar!! Satay Kambing Tapi Menggunakan Daging ANJING!!



Siapa peminat satay? mesti ramai yang meminati satay... adalah satu makanan yang terkenal di nusantara... hatta aku pun pernah berniaga satay... memang mendapat sambutan beb... bukannya aku nak cerita tentang kisah aku meniaga satay.. atau cara-cara membuat satay... tapi sebenarnya aku nak kongsikan ngan korang semua tentang Satay Kambing Menggunakan Daging Anjing &  Satay Ayam Tiren (Mati kelmarin)...

Satay ni sebenarnya satay anjing.. tapi pembuatnya mengatakan ianya adalah satay kambing... katanya  kerana daging anjing mirip dengan daging kambing, dari segi warnanya... kesan selepas memakannya,... iaitu badan menjadi panas... Dan Satay ayam tiren iaitu satay menggunakan ayam yang telah mati... tidak disembelih... di jual secara sembunyi-sembunyi...

Tapi ini adalah pendedahan yang dibuat di indonesia... kalau di Malaysia... satay anjing mungkin tiada.. tapi satay ayam tiren... kemungkinan ada.. kerana harganya lebih murah... betol tak... tapi jika di indonesia memang ada tempat yang menjual satay anjing... tidak salah.. kerana memang mereka mengakui itu daging anjing... yang menjadi kesalahan... penjual itu menipu yang ianya satay kambing... tapi menggunaka daging anjing...  untuk maklumat lanjut korang tengok video ni.. KLIK
 

Jadi berhati-hatilah ketika membeli...

Monday, 17 December 2012

Alat Seks Untuk Lelaki Di sangka Cendawan - Video Inside



Korang tau la kan.. wartawan.. mesti nak kisah yang hot je... bukan senang nak dapat berita ekslusif kan... nak dijadikan cerita... sekumpulan penduduk jumpa satu mende pelik seperti cendawan..

Kononnya sekumpulan penduduk kampung Liucunbu ni tengah gali perigi.. kemudian terjumpa 'cendawan' tersebut... mereka terus menghubungi stesen televisyen Xi'an. Stesen televisyen Xi'an kemudiannya menghantar wartawan bernama Yunfeng Ye ke tempat lokasi.

Lepas tu wartawan ni apa lagi.. buat la ulasan tentang penemuan 'cendawan' tersebut...

“Kira boleh melihat ia menyerupai mulut, manakala di bahagian sebelah lagi ada lubang yang menghubungkan antara satu sama lain. Ia amat lembut seolah-olah seperti daging,’’ lapornya dalam laporan berita di televisyen berkenaan."

Yunfeng turut mengatakan cendawan tu adalah cendawan yang digunakan untuk perubatan iaitu 'taisu'.. dan ia memerlukan keadaan tertentu untuk menanamnya..

Tapi... selepas laporan Yunfeng ni disiarkan, korang nak tau.. stesen televisyen tu menjadi bahan ketawa apabila orang ramai tampil memberikan penjelasan yang 'cendawan' tu sebenarnya adalah alat seks untuk lelaki... hahahahaha....

Adoii... boleh plak macam tu... sebelum siarkan tu tak kaji ke... haha.. tak selidik betol-betol ke.. kan ke dah dapat malu...

Tunjukkan Bakat Korang Dengan Mewarna di Fluid Art Movement


Siapa ada bakat melukis mewarna ke... jom join Fluid Art Movement.. takde bakat tu pon boleh la reka.. mana la nak kot ada rezeki nak menang.. korang share la korang punya artwork tu... suruh arang undi... undian korang banyak.. korang dapat hadiah... fuuhhhh... jom submit beramai-ramai jom....

Korang tengok la orang lain punya artwork... biasa je.. mungkin korang boleh buat lagi cun dan cantik.. mesti ramai vote.. ngeh3.. selamat mencuba... kalo menang kongsi2 la sikit... sapa nak join meh sini ---->Fluid Art Movement


Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci. Klik SINI

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.


Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2


Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.


Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

tabletSebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta. (Surah An-Nahl, ayat 36)

Sunday, 16 December 2012

Bermalam Dalam Dubur Gergasi - Video Inside


Pernah korang tengok dubur gergasi..? maaf jika kata dubur ini mengganggu kosentrasi korang... ini juga bukan entry lucah... sebenarnya aku pun belum pernah tengok dubur gergasi.. ngeh3... hinggalah ke hari ini...
Soalan ke dia... nak tak korang bermalam di dalam dubur gergasi? ngeh3...

Sebenarnya aku nak cite tentang satu hotel bernama Hotel CasAnus... terletak di Belgium. Hotel luar biasa kerana berbentuk seperti dubur bersaiz gergasi... kira besar la sangat.... jom la tengok video macam mana rupa dia... hehehe klik sini geng KLIK   Korang nak ke bermalam dalam tu???




Astroid Besar Melintasi Bumi - Video Inside


Satu video baru telah menangkap asteroid gergasi 4179 Toutatis melintasi ruang bumi awal minggu ni.. Jarak asteroid 4179 Toutatis kira-kira 4.3 juta batu (7 juta kilometer) dari bumi atau  kira-kira 18 kali lebih jauh dari bulan.

Setakat ini asteroid ini tidak menimbulkan ancaman kepada bumi. Walau bagaimanapun.. asteroid ini mungkin akan menimbulkan risiko yang sangat besar pada masa hadapan..  jika ia terhempas ke bumi, banyak manusia dan juga banyak spesis hidupan akan terancam.. dan ia juga akan mengubah sistem iklim dunia bertahun-tahun lamanya..

Asteroid Toutatis mengelilingi matahari setiap 4 tahun. Dan ia akan bertemu dengan bumi sekali lagi pada November 2069. Wallahu'alam.. klik SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...