Pages

Followers

Sunday, 23 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 13 [AKHIR]


Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat “test run”. 9 fuel saving tips to help you save big

Diharapkan ianya dapat mencetuskan buah fikiran dalam mencari cara masing2 memahami apa yang telah dan sedang berlaku... mungkin juga dapat bersedia pula dengan apa yang akan berlaku. Terpulanglah pada anda... sama ada mahu menimbangkan atau pun tidak apa perkara ini secara serius. Seperti posting2 terdahulu, sudah tentu apa yang ada di Part terakhir ini pun bersifat radikal. Malahan... mungkin bagi sesetengah orang... ianya teramat2 radikal sekali.

Kerana ruangan posting FB adalah terhad... saya akan terus “straight to the point” sahaja tanpa konar sana dan konar sini lagi supaya dengan ruangan terhad ini, dapat saya muatkan apa yang saya hajatkan.

Anda sudah bersedia? Here we go...

[Nota: Dicadangkan anda baca perlahan-lahan perenggan2 selepas ini. Pastikan anda betul2 faham apa yang diperkatakan... jangan sampai salah faham pulak. Kalau perlu, ulang banyak kali sehingga faham... kalau masih tak faham jugak... mungkin anda membaca posting ini dalam keadaan lapar, mengantuk atau anda sedang mengalami keadaan “jiwa kacau”...

Sebelum ini anda tentu pernah mendengar atau membaca tentang kisah Nabi Nuh a.s. Sewaktu berlaku banjir besar, bahtera beliau telah memuatkan insan2 terpilih serta makhluk2 lain yang juga terpilih. Cuma, apa yang tidak dicatatkan di mana2 buku setakat yang saya dah baca ialah tentang Bangsa2 terdahulu yang juga menumpang di dalam bahtera Nabi Nuh a.s. Apakah tujuannya mereka menumpang sedangkan mereka boleh sahaja menyelamatkan diri daripada banjir besar ini dek kerana ilmu2 dan kebolehan2 yang mereka miliki? Ya... mereka semua ada satu tujuan yang sama. Mereka mahu mengenali lebih dekat lagi tentang makhluk yang bernama Al-Insaan ini. Semua 96 jenis Bangsa2 terdahulu telah sepakat menghantar wakil masing2 di dalam hal mahu menumpang bahtera ini.

Dipendekkan cerita, setelah banjir besar berakhir, kesemua 96 wakil Bangsa2 terdahulu ini telah bersependapat dan sama2 bersetuju memang patutlah Al-Insaan kini menjadi khalifah di Bumi menggantikan Bangsa2 mereka. Ini kerana mereka kagum dengan kelebihan2 yang dipinjamkan Allah kepada Al-Insaan. Kerana ini, sebelum meninggalkan bahtera, mereka semua telah berdoa kepada Allah. Mereka meminta supaya kisah2 dan ilmu2 tentang Bangsa2 terdahulu ini tidak pupus hilang begitu sahaja tetapi diwarisi pula oleh Al-Insaan. Guess what? (sori... cakap omputih plak sikit). Doa daripada 96 Bangsa2 terdahulu ini telah dimakbulkan oleh Allah.

Ok... standby... di sinilah bermulanya maklumat yang saya rasa teramat2 radikal bagi sesetengah kita. Macam biasa... saya mohon hentikan pembacaan anda sekiranya anda merasakan saya telah melepasi batasan dan melampau.

Ada apa dengan nombor 96? Klu nya terdapat di dalam Surah ke-96 iaitu Surah Al-'Alaq. Semua orang tahu bahawa ayat2 di dalam Surah Al-'Alaq ialah wahyu pertama pertama diturunkan. Tetapi di dalam penyusunan Al-Quran, ia duduk sebagai surah yang ke-96. Ini kerana ia membawa kisah2 dan ilmu2 Bangsa2 terdahulu. Kalau nak dihuraikan semuanya tentulah tidak cukup ruangan di sini. Untuk itu saya akan menyentuh hanya tentang 5 ayat pertama sahaja yang membawa 4 perkara yang menjadi sebahagian daripada inti2 kepada ilmu2.

Sebelum bercerita lebih lanjut, saya mohon anda bersedia dengan terjemahan Al-Quran di sisi anda. Ini bagi membolehkan anda menyemak terus apa yang saya ceritakan tentang 5 ayat2 yang dimaksudkan.

Ayat pertama... Allah telah mengarahkan kita untuk Iqra’... bacalah. Baca apa? Kemudian ayat ke-2, ayat ke-3 dan ayat ke-4 pula diceritakan tentang kejadian Al-Insaan daripada segumpal darah dan bagaimana Allah yang maha mulia mengajarkan kita dengan kalam. Segumpal darah? Kalam apa? Perkataan yang digunakan di sini untuk merujuk kepada manusia ialah Al-Insaan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Al-Insaan bermaksud jenis kita dan tidak termasuk Al-Bashar atau mana2 Bangsa terdahulu. Ayat ke-5 pula memberitahu kita.... yang Allah mengajarkan Al- Insaan apa yang tidak diketahui. Apa yang kita tidak ketahui?

Inilah kunci yang sangat2 penting bagi membentuk “rangka” atau “framework” pemikiran (akal dan hati) kita supaya kita boleh meneroka lebih jauh lagi di dalam mengkagumi kebesaran Allah dan seterusnya dapat pula mengkaji ilmu2 yang sebelum ini mungkin teramat2 sukar sekali difahami.

(i) Baca apa? Bacalah apa yang ada di sekeliling kita. Bacalah... bukan hanya dengan 5 deria dan akal sahaja malah juga dengan hati. Bacalah... supaya kita mengerti adanya Bangsa2 terdahulu dan dapat pula kita memanfaatkan ilmu2 yang dipinjamkan Allah kepada mereka.

(ii) Segumpal darah? Perkataan yang digunakan untuk segumpal darah ialah 'Alaq ('Ain, Lam dan Qof ). Tajuk surahnya pun Al-'Alaq. Daripada segi konteks dan terjemahan yang lebih tepat, ia merujuk kepada DNA Al-Insaan. Cuba recall kisah DNA ini daripada Part 6. Kalau tak ingat... baca la semula Part 6 yer :P Anda faham sekarang? Semua ilmu2 ini telah ada di dalam “DNA junk” Cuma menunggu masa untuk diaktifkan. Bagaimana nak mengaktifkannya? Ntah... kalau saya tau nak buat cam mana... sudah lama saya aktifkan “DNA junk” saya sendiri :D

(iii) Kalam apa? Kalam yang telah Allah ciptakan untuk menulis Qada’ dan Qadar di dalam Kitab Lauh Mahfuz. Apa signifikasinya? Seperti yang kita tahu... semuanya telah dituliskan di Lauh Mahfuz. Kalau betul2 nak cerita pasal Lauh Mahfuz ni... terlalu panjang. Harap anda dapat cuba mencernakan klu ini terlebih dahulu. Jika diizinkan Allah... saya akan kongsikan lebih terperinci di dalam posting2 akan datang.

(iv) Apa yang tidak kita ketahui? Selagi “DNA junk” tidak aktif... selagi itulah kita tidak mengetahui. Insyaallah... kalau kita sentiasa mencari... dapatlah kita mengetahui.

Cukuplah setakat ini dulu kot... Semoga apa yang dihidangkan daripada Part 1 hingga Part 13 ini dapat memberikan kita manfaat di dunia dan di akhirat. Akhir kata, mana yang baik itu sudah tentu datang daripada Allah, dan mana yang tidak baik datangnya daripada kelemahan dan kealpaan diri saya sendiri.

Wallahualam.

p/s: Bacalah dengan seikhlas mungkin imej yang disertakan bersama posting ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...