Sunday, 9 December 2012
10 Kelebihan Aloe Vera
Korang mesti tau kan pokok aloe vera atau pokok lidah buaya... alaa.. yang kaler hijau pastu kat tepi dia ada duri tu... dalam dia ada gel... gel ni la yang guna untuk membuat pencuci tangan (hand sanitizer).. mungkin ramai yang dah tau kegunaan pokok ni... tapi takpe la.. aku kongsi sekali lagi... sebab sekarang ni aku cuba nak mengajak korang jaga kesihatan dan guna barang DIY atau lebih mesra alam.. ngeh3...
Banyak kegunaan aloe vera ni.. hingga orang mesir purba menggelar pokok ni sebagai 'plant of immortality'... kira dasyat la...ok jom tengok apa kelebihan aloe vera ni..
1. Melegakan Gatal - korang terus sapu je kat tempat yang gatal...
2. Merawat kesan terbakar - korang amik gel aloe vera pastu letak kat tempat terkena api.. terbakar ke sunburn ke.. atau korang nak letak gel ni lepas korang bercukur pon boleh..
3. Melegakan gatal kepala / kelemumur - korang sapu gel ni kat kepala.. atau boleh campur sedikit minyak rosemary... sejuk kepala... hehehe...
4. Gel Rambut - yang ni pertama kali aku tau.. boleh jadikan gel rambut.. nanti aku nak try...
5. Pencuci mulut - korang terlebih kreatif boleh la buat masakan ke.. agar2 ke... jelly ke.. apa2 je la yang korang suka..
6. Hand sanitizer - korang rujuk entry kat sini Hand Sanitizer...
7. Pelembab - kalo kulit kering ke.. nak letak kat muka pon boleh.. sejukkkk..
8. Pencernaan - buat jus untuk membantu proses penghadaman, melegakan sakit perut, dan memberi kelegaan pedih ulu hati.
9. Membantu penyerapan vitamin - kajian telah dijalankan.. bahawa aloe vera membantu badan menyerap vitamin dengan lebih berkesan... minum jus aloe vera bersama vitamin harian korang..
10. Menurunkan kolestrol - bagus untuk sesiapa yang nak jaga kesihatan...
Selamat mencuba... aku dah tak sabar nak cuba... hehe.. mungkin ada banyak lagi kegunaan aloe vera ni.. kalo korang tau.. kongsi la.. semoga bermanfaat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu mat jo penah sapu kat tangan time kena air panas, sejuk, he
ReplyDeletebunda biasa letak kat kepala/rambut...pastu bungkus jap..cuci..lembut rambut..
ReplyDelete