Pages

Followers

Sunday, 23 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 12


Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini.... marilah kita menyambung sedikit lagi. 9 fuel saving tips to help you save big

Di akhir Part 11, kita dah pun menyenaraikan saki baki tujuh Bangsa terdahulu yang masih hidup bersama2 dengan kita (Al-Insaan) di Bumi hingga ke hari ini iaitu:

i. Bangsa Polippa Al-Hin;
ii. Bangsa Polippa Al-Bin;
iii. Bangsa Polippa Al-Tam;
iv. Bangsa Polippa Al-Ram;
v. Bangsa Al-Jin;
vi. Bangsa Al-Bashar Atalan; dan
vii. Bangsa Al-Bashar Lamarakh.
Adakah ini sahaja Bangsa2 yang masih wujud hingga ke hari ini?

Jawapannya.... sudah tentu tidak. Terdapat puluhan lagi Bangsa2 yang terselamat dan telah meneruskan kelangsungan hidup mereka semenjak jutaan tahun lagi. Al-maklum... Bumi ini sudah sangat tua. Saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah reaksi mereka yang skeptik ini sekiranya saya mula bercerita pula tentang semua puluhan Bangsa2 ini. Cerita2 tentang kewujudan tujuh jenis Bangsa sebelum ini sahaja pun sudah cukup untuk menyebabkan ruangan “FB Private Message” saya dipenuhi dengan kata2 mengejek dan berbentuk perlekehan. Tidak kurang juga kata2 nasihat yang menyuruh saya kembali ke dunia realiti.... ya... realiti yang fana atau palsu... Itulah realiti menurut definisi mereka yang tidak mempercayai perkara2 yang halus ini.

Untuk memburukkan keadaan lagi, keberadaan Bangsa2 ini pula dirahsiakan dan ditutup oleh geng2 jahat melalui program2 “information censorship” mereka. Program2 ini telah lama dikuatkuasakan semenjak beribu2 tahun lagi di kalangan pemegang2 tampuk pemerintahan negara, di kalangan komuniti saintis dan akademia hinggalah kepada kawalan informasi masakini yang dijalankan secara paksa melalui kuasa kepolisan, ketenteraan dan kumpulan2 pelbagai huruf mereka seperti CIA, KGB, MI6, dsb diterajui oleh the Head of Jesuits. Minda kita pula telah diasuh semenjak kecil lagi dengan sistem pendidikan mereka. Tidak cukup dengan itu, minda kita dilobi pula dengan program2 berita dan informasi tajaan mereka disusuli dengan persembahan2 hebat Hollywood dan rangkaian televisyen serta media mereka.

Ini semua membawa kepada satu situasi yang bagaimana?

Untuk permulaan, cuba bayangkan sekiranya anda ialah salah seorang pembuat keputusan di dalam pentadbiran geng2 jahat. Anda tentu sedar yang geng2 jahat anda sudah menguasai hampir semuanya... harta, duit, sistem ekonomi, sistem pendidikan, kuasa ketenteraan, teknologi sains dan sistem kekuasaan pemerintahan negara2 di seluruh dunia ini. Kenapa anda masih lagi tidak berani beroperasi secara terang-terangan dan menghapuskan terus sesiapa yang menghalang anda? Bukankah anda berkuasa untuk melakukannya sekarang? Apa yang menyebabkan anda masih belum lagi bertindak?

Sebenarnya, geng2 jahat ini masih tidak berani lagi melakukan tindakan penyudah mereka kerana dua perkara:

i. Populasi Bumi yang terlalu ramai – Pada masa ini (setakat awal tahun 2012), populasi Bumi telah melepasi 7 Billion orang. Sekiranya geng2 jahat (yang tak sampai 5% populasi ini) mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kehendak mereka secara paksa, pasti mereka tidak akan sanggup ditentang oleh jumlah populasi yang ramai ini. Mereka perlu melakukan beberapa tindakan persediaan terlebih dahulu seperti mengurangkan populasi Bumi atau setidak-tidaknya melemahkan populasi Bumi dengan jalan peperangan, kebuluran, penyebaran penyakit dan pelbagai sekatan terhadap kelompok2 tertentu.

ii. Kewujudan puluhan Bangsa2 terdahulu – Geng2 jahat sedia maklum tentang kewujudan Bangsa2 terdahulu ini yang mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa. Mereka sebenarnya amat bimbang kalau2 Bangsa2 ini masuk campur dan mungkin akan menyokong rakyat Bumi menentang Syaitan, Dajjal dan konco2 nya jika mereka bertindak sekarang. Maka, geng2 jahat ini pun sebenarnya ada program2 tertentu untuk menjejaki Bangsa2 terdahulu ini bagi menghapuskan mereka (Ni pun kalau nak cerita... bunyi nya pasti amat di luar akal.

Cuba bayangkan alam semesta yang sebegini luas dengan banyaknya ruang2 dimensi yang kita tidak ketahui; adakah wajar sekiranya kita mengatakan hanya kita sahaja yang ada di sini?

Persoalan seterusnya ialah... hebat sangatkah kemajuan sains dan teknologi yang kita telah capai kini sehingga kita dengan penuh yakin menidakkan sebarang kewujudan makhluk2 lain?

Adakah jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa.... kita mengatakan ianya tidak wujud? Contoh mudah ialah jika kita mengkaji mata kita sendiri yakni deria penglihatan kita.... ianya hanya mampu melihat tidak sampai 0.01% daripada spektrum atau julat cahaya yang wujud. Ini bermakna 99.99% spektrum cahaya langsung kita tidak sedari wujudnya tanpa menggunakan peralatan2 sains.

Dan akhir sekali, kenapa agaknya bila ada orang yang mengkaji dan menghebahkan perkara sebegini akan dihentam oleh orang2 di sekeliling mereka yang telah terasuh dan terdidik dengan sistem yang sedia ada?

Dalam Part 13 kelak... iaitu Part yang terakhir... saya akan cuba kongsikan beberapa lagi perkara berkaitan yang pasti akan berbunyi sangat2 radikal terutamanya bagi golongan skeptik. Sebelum itu, rasanya saya perlu mengambil masa sedikit bagi membuat moderasi yang terperinci sebelum membuat posting terakhir nanti.

(Insyaallah... bersambung)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...