Thursday, 13 December 2012
Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 5
Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda tidak sanggup mendengarnya... eloklah ditamatkan pembacaan anda di sini. klik SINI
Menyambung daripada kisah Part 4, sebelum peperangan tercetus di zaman Kumpulan Ketiga Al-Bashar.... mereka iaitu Kumpulan Pertama dan Kedua al-Bashar hidup dalam keadaan harmoni dan tiada kekacauan besar. Mereka ditadbir oleh keturunan raja yang amat bijaksana. Keturunan ini bernama Appoloc. Keistimewaan keturunan Appoloc ini ialah mereka berkebolehan di dalam kedua-dua teknologi yang disebutkan sebelum ini.
Hanya apabila raja terakhir daripada keturunan ini mati, kekacauan mula timbul menyebabkan mereka membentuk dua negara yang besar iaitu Atalan dan Lamarakh. Mujur, konflik ini serta merta reda apabila mereka menyedari masih ada lagi keturunan Apolloc yang hidup. Dia bernama Helions.
[Nota 1: Pada waktu ini, mereka juga telah lama tahu tentang keistimewaan Bulan dan istana raja keturunan Appoloc memang telah lama bertapak di Bulan]
[Nota 2: Mungkin ada yang tertanya-tanya bilakah mulanya Kumpulan Al-Bashar ini menyedari keistimewaan Bulan dan mendirikan istana raja Appoloc di situ. Untuk menceritakan kisah ini... amat panjang. Mungkin cerita ini boleh dikongsi secara berasingan di dalam siri posting yang lain]
Ok... sambung balik. Sebaik sahaja Helions ditabal menjadi raja, timbul pula isu baru di mana kedua-dua negara mahu memastikan kepentingan mereka di Bulan. Isu ini timbul kerana Helions berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Maka sudah tentu negara Atalan bimbang mereka akan dipinggirkan kelak daripada menikmati keistimewaan Bulan sekiranya Helions dilantik menjadi raja.
Untuk menyelesaikan isu ini, negara Atalan dan Lamarakh telah bersetuju untuk mengikat satu perjanjian. Di antara perkara2 lain, di dalam perjanjian ini mereka bersetuju untuk memilih wakil-wakil daripada kedua-dua negara untuk membentuk satu kerajaan bersama yang akan mentadbir dan menjaga kepentingan masing-masing Bulan. Nama kerajaan ini masih dikekalkan dengan nama Kerajaan Appoloc mengambil sempena nama keturunan yang memang telah menjadi raja dan pemerintah semenjak zaman Kumpulan Pertama dan Kedua Al-Bashar lagi.
Secara ringkas, berikut ialah nama2 mereka yang telah terpilih untuk membentuk kerajaan Appoloc baru ini:
Ketua Kerajaan Appoloc: Helions (berdarah campuran Appoloc dan Lamarakh. Dia dilantik menjadi raja kerana dialah satu2 nya lelaki yang berketurunan Appoloc yang masih hidup)
Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Atalan: Lelaki – Ratoth, Siriso dan Min; Perempuan – Bendias Artems, Xauhqi Coyol dan Dianess Zuss.
Wakil Kerajaan Appoloc daripada negara Lamarakh: : Lelaki – Horath, Saith dan Duau ; Perempuan – Mawuo Mao, Duanas Ranas dan Ayumas Isya.
Sekiranya anda perasan, nama2 yang mirip dengan nama2 wakil kedua-dua negara ini telah digunakan sebagai nama2 tuhan atau dewa di dalam banyak kepercayaan Pagan dan agama dahulu kala di dalam tamadun2 manusia seperti tamadun Maya, Aztech, Rom, Greek dan lain-lain lagi. Kenapa agaknya yer?
Buat sementara, segalanya berjalan lancar sehinggalah sampai pada suatu masa Helions telah mati dan tidak meninggalkan waris keturunan Appoloc. Pada waktu ini bermulalah perang besar yang menumpahkan banyak darah di Bumi dan di Bulan.
Untuk menggambarkan sedikit sebanyak tentang dahsyatnya perang ini... Bulan yang dahulunya sebuah planet yang menyerupai Bumi hancur lebur sehingga atmosferanya menjadi amat tipis. Juga, Bulan yang dahulunya seperti Bumi berputar mengikut kadarnya telah berhenti berputar di mana seperti yang kita lihat hari ini... Bulan sentiasa menghadapkan muka yang sama sahaja kepada Bumi.
Sebagai balasan ke atas perbuatan Al-Bashar yang menumpahkan darah dan perbuatan yang mendatangkan kerosakan ini... satu malapetaka telah diturunkan di Bumi. Pernah dengar tentang Peralihan Kutub Bumi atau “Earth Polar Shift” ? Inilah yang berlaku.
Walaupun demikian masih terdapat saki baki Al-Bashar yang Allah telah izinkan terselamat daripada bencana ini. Keturunan mereka masih hidup bersama dengan keturunan kita Al-Insaan sehingga ke hari ini. Manakala di Bulan pula, masih lagi ada keturunan Al-Bashar yang terselamat juga.
Merekalah yang menduduki di bahagian yang digelar “The Dark Side of the Moon” iaitu bahagian Bulan yang tidak menghadap ke Bumi. Warga Atalan yang yang terselamat menduduki 18 buah struktur berbentuk piramid dan warga Lamarakh yang terselamat menduduki 81 buah struktur berbentuk kubah. Mereka kini tidak lagi berperang di antara satu sama lain menyedari perbuatan mereka yang melampau dahulu dan telah pun mendapat balasan Allah.
Jadi apa kaitannya dengan NASA dok suka nak buat “trip” ke Bulan pula? Nanti akan dijelaskan di dalam Part 6.
Apa yang sedang berlaku kini ialah, warga Atalan yang terselamat di Bumi telah mengulangi lagi kesilapan mereka dahulu. Mereka masih memusuhi warga Lamarakh yang terselamat. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memusuhi keturunan kita iaitu Al-Insaan yang telah menggantikan Al-Bashar sebagai khalifah baru di Bumi.Untuk tujuan ini, mereka telah mengikat perjanjian baru dan bersekongkol dengan geng2 jahat di bawah pimpinan Syaitan dan Dajjal bagi memusnahkan saki baki warga Lamarakh (di Bulan dan Di Bumi) dan menghancurkan keturunan Al-Insaan.
[Nota 3: Walaupun warga Atalan di Bumi masih belum insaf, warga Atalan di Bulan pula berbelah bahagi sama ada mahu menurut atau pun tidak agenda warga Atalan Bumi ini. Warga Lamarakh di Bulan dan di Bumi pula sentiasa mengambil tindakan kawalan supaya warga Atalan Bumi tidak dapat mempengaruhi warga Atalan di Bulan yang memegang kunci kepada teknologi terhebat mereka yang berlandaskan Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.]
(Insyaallah... bersambung)
Labels:
NWO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment