Pages

Followers

Monday 10 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas Mereka.... PART 3



Dalam Part 1 dan Part 2... kita dah kenal sedikit sebanyak siapa NASA dan tau beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini.

Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:

1. Sebelum pelancaran Apollo 11, beberapa sesi penggambaran telah dijalankan di dalam studio khas. Tujuan penggambaran dibuat ialah bagi menyediakan footage (video dan audio feed) yang akan digunakan bagi menutup aktiviti sebenar misi Apollo 11. Misi-misi yang sebelum atau selepas misi ini pun menggunakan Modus Operandi (MO) yang sama.

2. Geng2 jahat ini telah lama tahu apa yang ada sebenarnya di Bulan semenjak beribu-ribu tahun lagi. Setelah berjaya melenyapkan ilmu2 dan maklumat2 ini daripada pengetahuan dunia, mereka bimbang sekiranya ia jatuh semula ke tangan orang2 yang bukan daripada golongan mereka. Mereka juga bimbang kalau2 ada negara-negara lain yang mungkin bergabung untuk pergi ke Bulan terlebih dahulu di dalam era baru ini menyebabkan mereka tidak boleh mengada-adakan cerita palsu seperti yang mereka sedang buat sekarang.

3. Pengwujudan NASA dan kawalan ekonomi dunia memastikan setiap misi ke Bulan atau angkasa lepas hanya boleh dilakukan secara eksklusif (Diorang jer yang boleh buat. Kalau ada orang lain nak buat, kena ikut syarat2 mereka... tu pun jarang2 la... paling kuat pun boleh gi space station sahaja. Pergi Bulan? Sori...).

4. Semua angkasawan yang menyertai misi pergi ke Bulan (tidak kiralah sama ada misi tersebut melibatkan pendaratan atau tidak) telah melalui program khas supaya boleh menyimpan rahsia sambil menjalankan tujuan2 sebenar misi.

5. Semasa misi dijalankan, mereka yang bertugas di “Ground Control Centre” di Bumi langsung tidak tahu menahu yang mereka sedang ditipu dengan footage dan data palsu yang kononnya dihantar oleh angkasawan ke Bumi. Footage palsu ini sebenarnya dipancarkan daripada studio khas di Bumi kepada angkasawan dan dipancarkan semula ke “Ground Control Centre”.

6. Semua misi ke Bulan langsung tidak melibatkan sebarang pendaratan. Kenapa? Habis tu, yang dok hantar orang ke Bulan jugak tu nak buat apa? Nanti akan dijelaskan apabila kita masuk Part 4 nanti di mana penerangan akan cuba dibuat tentang apa yang ada di Bulan.

7. Sehingga kini, secara rasminya dunia melalui semua pemimpin-pemimpin negara2 (termasuk Malaysia lah) menerima membuta-tuli (blind acceptance) bahawa usaha2 NASA adalah usaha2 terpuji dalam memajukan tamadun manusia. Walaupun terdapat banyak persoalan2 yang mula ditimbulkan kebelakangan ini oleh beberapa kumpulan saintis alternatif, ianya dapat disenyapkan dengan mudah dan NASA boleh menafikannnya sambil tertawa memperlekehkan kumpulan2 saintis ini.

Ramai di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang misi Apollo11 akan berkata... “Macam ni jer la... apa kata kita carik Neil Armstrong... pastu kita tanya la dia... betul ke misi Apollo 11 tu berjaya? Dan kita tanya dia tentang pengalaman dia semasa menjalankan misi tu... suasana di Bulan macam mana... apa yang ada kat sana?”

Ya, bunyi nya memang macam mudah. Tapi Neil Armstrong selepas misi itu... beliau memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Adakah dia tak sampai hati nak meneruskan lakonan pembohongan NASA? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11... kelakuannya memang menimbulkan keraguan...

http://www.enquirer.com/editions/1999/07/18/loc_neil_armstrong_the.html 


Edwin Aldrin dan Michael Collins juga mempunyai reaksi yang lebih kurang sama dengan Neil Armstrong. Ish... musykil... dah buat perkara yang hebat... lepas tu reaksi yang ditunjukkan oleh mereka ni seolah2 macam reaksi orang bersalah atau acuh tak acuh pulak.

Soalan lain yang boleh ditimbulkan juga... kenapa nama Apollo dipilih untuk siri misi-misi ke Bulan ini? Takder nama lain ke?

(Insyaallah... bersambung)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...