Pages

Followers

Thursday 20 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 8


Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini. 9 fuel saving tips to help you save big

Cerita2 yang biasa kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ini ialah mereka tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka serta mereka boleh bertukar menjadi harimau. Tapi... takkan itu sahaja. Kalau setakat boleh jadik harimau jer, tak lah hebat sangat :P Nanti dulu.... memang mereka ada banyak lagi kebolehan dan kelebihan lain... pasni akan diceritakan.

Tidak lengkap rasanya kalau bercerita tentang Bangsa Kerinchi ni kalau tak menyentuh tentang Gunung Kerinchi dan kawasan sekitarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang pernah mendengar pun tentang Gunung Kerinchi. Ia sebenarnya adalah kawasan yand diduduki Bangsa Kerinchi berzaman-zaman lamanya. Kawasan ini kalau kita amati betul2... kita akan perasan ianya dipagari bukit bukau dan gunung2.

Sedikit lagi maklumat tentang Gunung Kerinchi... Ia adalah salah satu daripda puluhan gunung2 berapi yang masih aktif di Indonesia. Ketinggiannya ialah 3,805 meter daripada aras laut. Gunung ini menjadi gunung tertinggi di Pulau Sumatera. Di sebelah timurnya terdapat Tasik Bento yang airnya sangat2 jernih. Di belakangnya terdapat Gunung Tujuh dengan kawah dan tasik yang juga sangat indah dan amat2 jarang sekali dikunjungi manusia. Kawasan ini dapat ditempuh melalui jalan darat dari Jambi menuju Sungaipenuh melalui Bangko. Jalan alternatif ialah mengikuti jalan dari Padang, Lubuk Linggau, dan Bengkulu. Kalau nak naik kapal terbang, boleh mendarat di Padang atau Jambi.

Ok... ok... cukup la cerita pasal info Gunung Kerinchi dan Gunung Tujuh ni... dah macam bunyik pemandu pelancong plak!

Balik semula kepada kisah tentang Bangsa Kerinchi. Mereka dikatakan salah satu bangsa yang keturunannya adalah berasal daripada anak kedua Iskandar Zulkarnain. Bagaimana pula boleh jadi begini?

Setakat kajian yang telah dibuat, saya agak terkejut juga bila mendapati... Bangsa Kerinchi ini berasal daripada percampuran Al Bashar (daripada keturunan Appolloc + Lamarakh) dan Al-Insaan (daripada Keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain). Jika diimbas kembali info dalam posting terdahulu, keturunan Apolloc ialah keturunan raja2 yang mentadbir Atalan dan Lamarakh. Tapi keturunan Apolloc yang ini sudah tentu bukan keturunan tulen lagi kerana telah bercampur baur dengan Lamarakh sejurus sebelum kematian Helion (raja terakhir sebelum peperangan besar).

Sebut tentang Iskandar Zulkarnain ini pula, anda tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga (Dalam Al-Quran pun ada menceritakannya dalam surah Al-Kahf). Bangsa yang dipagar oleh Iskandar Zulkarnain ini sebenarnya ialah saki baki Bangsa Atalan yang bertindak agresif mengganggu Al-Insaan di kawasan Nusantara ini. Ya... kejadian itu berlaku di sini. Dengan ini saya menolak teori yang mengatakan kejadian mungkin berlaku di kawasan Pergunungan Kaukasus yang banyak dicadangkan kebelakangan ini. Walaupun yang demikian, oleh kerana saya tidak boleh mendedahkan sumber2 maklumat saya, maka terpulanglah kepada penilaian anda sama ada hal ini masuk akal atau pun tidak.

Menyambung lagi kisah Bangsa Kerinchi ini, ada banyak cerita yang mengatakan mereka mempunyai pelbagai kebolehan luar biasa yang lain.... selain daripada boleh bertukar menjadi harimau. Mereka juga boleh menghilangkan diri daripada pandangan mata kasar manusia biasa. Kebolehan mereka mengubat bermacam2 jenis penyakit juga adalah sangat dikagumi. Selain daripada harimau, saya ada juga mendengar yang sesetengah mereka boleh bertukar kepada lain-lain jenis haiwan seperti kucing, burung helang dan kuda.

Tentang nama2 ketua mereka pula, yang paling selalu disebut2 ialah dua orang yang digelar Lebai Sakti Danau dan juga Salleh Seri Menanti. Katanya, kedua2 mereka ini masih lagi hidup dan bermastautin di kawasan Gunung Kerinci.

(Insyaallah.... bersambung)

5 comments:

  1. mu nulis cerita nin fiksi atau fiksi ?? ni jenis tulisan apa ya?? unik tapi ku gak ngerti

    ReplyDelete
  2. ckckckck.....kayak nya aku dah nanya..tapi lupa nulis nya di mana..heheh jadi nanya lagi, kamu admin menilis menconteng atau kawan die je???

    balaz ye kongsi apa saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kawan aku yang nulis... aku siarkan aja deh

      Delete
  3. mu misterius sama kaya tulisan nya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...