Pages

Followers

Tuesday, 18 December 2012

Gempar!! Satay Kambing Tapi Menggunakan Daging ANJING!!



Siapa peminat satay? mesti ramai yang meminati satay... adalah satu makanan yang terkenal di nusantara... hatta aku pun pernah berniaga satay... memang mendapat sambutan beb... bukannya aku nak cerita tentang kisah aku meniaga satay.. atau cara-cara membuat satay... tapi sebenarnya aku nak kongsikan ngan korang semua tentang Satay Kambing Menggunakan Daging Anjing &  Satay Ayam Tiren (Mati kelmarin)...

Satay ni sebenarnya satay anjing.. tapi pembuatnya mengatakan ianya adalah satay kambing... katanya  kerana daging anjing mirip dengan daging kambing, dari segi warnanya... kesan selepas memakannya,... iaitu badan menjadi panas... Dan Satay ayam tiren iaitu satay menggunakan ayam yang telah mati... tidak disembelih... di jual secara sembunyi-sembunyi...

Tapi ini adalah pendedahan yang dibuat di indonesia... kalau di Malaysia... satay anjing mungkin tiada.. tapi satay ayam tiren... kemungkinan ada.. kerana harganya lebih murah... betol tak... tapi jika di indonesia memang ada tempat yang menjual satay anjing... tidak salah.. kerana memang mereka mengakui itu daging anjing... yang menjadi kesalahan... penjual itu menipu yang ianya satay kambing... tapi menggunaka daging anjing...  untuk maklumat lanjut korang tengok video ni.. KLIK
 

Jadi berhati-hatilah ketika membeli...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...