Tuesday, 4 December 2012
Kisah Dajjal Part Terakhir
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. “Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?”
Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur.
< Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.”
Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.
Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikat Jibril itu.
Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.
Mohon berbanyak-banyak maaf. Part 13 ni... atas nasihat beberapa orang rakan2 yang rasanya amat bernas dan wajar.. saya terpaksa “censor”. Maknanya posting Part 13 tidak akan dibuat. Semoga cerita tentang Dajjal setakat ini memadai untuk memberikan kita gambaran siapa dan di mana kedudukan Dajjal pada masa ini. Wallahualam.
Labels:
NWO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lah...abis dah...x cukup 1...xpelah...thankslah...citer menarik...
ReplyDeletemenarikk. baru nak baca ending nii. btw, kisah dajjal ni dapat dari mana?
ReplyDelete