Pages

Followers

Saturday, 15 December 2012

Kisah Misteri Cik Minah - Video Inside


Cuba korang bayangkan.. sedang korang bercakap telefon dengan seseorang tiba-tiba terdengar jeritan suara orang meminta tolong... "tolongggggg" nyaring terdengar... sayup-sayup kedengaran... lepas tu korang berdua bertanya sesama sendiri... "eh.. ko dengar tak?"... masalah ini bukan orang sedang kesusahan lalu meminta tolong... tapi... ianya mungkin suara makhluk lain... misterii....

Apa yang aku nak kongsi bukanlah mengenai kisah tolong menolong.. tapi adalah kisah misteri... mesti ramai di antara kita pernah menonton video dari arab kalau tak silap... seorang wanita menelefon seorang ustaz... kemudian suaranya bertukar.. menjadi garau... nyata ada makhluk lain sedang menguasainya... kemudian ustaz itu bertanyakan sesuatu kepada makhluk tersebut... dan seterusnya merawat dari jarak jauh...

Tapi itu bukan juga menda yang aku nak kongsi.. sebenarnya aku nak kongsi satu slot kat radio Singapura.. iaitu Misteri Jam 12.. kalau korang peminat kisah-kisah seram boleh la dengar radio ni... korang search kat yotube.. banyak rakaman... mungkin nanti aku akan ceritakan semula kompilasi misteri jam 12 ni...

Ada banyak kali... sedang pemanggil telefon.. tengah ceritakan pengalaman mereka... kemudian terdengar suara jeritan meminta tolong... selepas habis cerita.. pemanggil tanya.. awak dengar tak tadi.. si DJ.. KC nama dia.. dia kata dia pon dengar.. dia ingatkan si pemanggil ni yang buat.. dan si pemanggil pula ingat si DJ yang buat... hehe.. mujur si DJ pandai mainkan peranan... tenangkan suasana...

Apa yang best... beberapa kali Cik Minah.. kira macam pemanggil tetap la jugak.. korang search kat youtube... tak dapat di pastikan.. siapa Cik Minah.. adakah manusia... atau bukan... sebab ada satu pemanggil ni telefon dan ceritakan pengalaman dia...

Si suami dia marahkan dia dengar rancangan Misteri Jam 12 ni sebab bila dia tengok dia jadi takut.. bangun malam nak pergi tandas nak kena kejutkan si suami... ada satu malam... dia tengah dengar rancangan ni... kemudian dia terdengar orang ketuk pintu rumah.. dia pun pergi la buka... ada sorang mak cik depan pintu rumah... "nak.. boleh tanya... ini rumah KC ke?..." terkejut dia.. sebab makcik tu tanya macam tu.. dan paling mengejutkan.. suara makcik tu sama macam suara cik minah... memang misteri...

Dengar suara DJ pun dah macam cuak.. dan pemanggil tu kata banyak kali telefon situ tapi orang lain yang jawab.. perempuan.. marah-marah supaya jangan ganggu... ramai yang kata begitu... cerita yang sama.. telefon tapi orang lain yang jawab... misteri... untuk maklumat lanjut korang dengar sendiri la yee... atau nanti aku taipkan semula kisah-kisahnya... banyakkk.... nantikannn....

klik SINI









Thursday, 13 December 2012

Pembohongan Tentang Bulan dan Program Angkasa Lepas PART 6



Sebelum ini telah di terangkan pada zaman Al-Bashar, jenis teknologi seperti berikut telah dipelopori: klik SINI

i. Atalan: Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

ii. Lamarakh: Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Tentu dapat melihat perkaitannya di mana sifat ilmu yang diguna-pakai oleh NASA dan lain2 konco Syaitan dan Dajjal adalah setakat Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal sahaja. Dengan kata lainnya, kehandalan geng2 jahat ini membuat barang2 seperti komputer, smart devices, pelbagai kenderaan hinggalah penggunaan tenaga nuklear.... tidak lain dan tidak bukan ialah aplikasi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal.

Maka di sini timbul 2 jenis persoalan2 utama:

a. Apa lagi Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal yang masih kita belum lihat lagi? Kenapa ianya masih disorokkan dan disimpan oleh Atalan Bulan? Seperti yang kita kini tahu... saki baki Atalan Bumi dan NASA gigih berulang-alik ke Bulan untuk memujuk Atalan Bulan menyerahkan bahagian akhir teknologi mereka.

b. Kenapa pula kita jarang sekali mendengar (atau tak pernah dengar langsung) dan melihat Al-Insaan seperti kita menggunakan teknologi yang dipelopori oleh saki baki Lamarakh Bumi? Adakah Lamarakh Bumi memang tak nak berkongsi langsung dengan kita tentang Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi ini? Bagaimanakah rupanya teknologi Lamarakh ini? Dan apa akan terjadi sekiranya kita Al-Insaan mampu menguasai teknologi Lamarakh?

Di dalam Part 6 ini kita rungkai persoalan (b) terlebih dahulu dan persoalan (a) akan diceritakan dalam Part 7 nanti.

Tentang Persoalan (b)....

Di dalam posting2 yang lepas ada saya kongsikan bahawa kajian DNA Al-Insaan telah lama menemui jalan buntu. Saintis2 terhandal masakini hanya dapat memahami 5% sahaja tentang kod2 DNA ini. Selebihnya iaitu 95% lagi langsung tidak difahami oleh kita lalu saintis2 menggelarkannya “DNA junk” atau “Sampah DNA”. Mengapa terjadi begini? Benarkah 95% bahagian DNA yang kita tak faham ini adalah sampah? Ya, di sini lah terletaknya kunci kehebatan teknologi Lamarakh iaitu Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi yang berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Sebelum boleh diterangkan lebih lanjut tentang hal DNA ini dan perkaitanya, adalah baik kita fahami dahulu tentang apakah perbezaan besar di antara Al-Bashar dan Al-Insaan. Perbezaan yang paling besar ialah Al-Bashar tidak mempunyai “DNA junk” di mana Al-Insaan pula mempunyai “DNA junk”. Andakah anda faham situasi perbezaan ini? (Kalau tak faham... cupa baca sekali lagi perenggan sebelum ini :P)

Apakah sebenarnya yang terkandung di dalam “DNA junk” ini? Sebenarnya... “DNA junk” mengandungi semua ilmu dan kebolehan bapa Al-Insaan iaitu Nabi Adam a.s. termasuklah ilmu segala nama. Akan tetapi, sayangnya secara semulajadi bila kita dilahirkan, “DNA junk” yang 95% ini memang sedia ada TIDAK aktif. Yang aktif hanyalah 5% sahaja. Bolehkah kita mengaktifkannya?

Bagi Al-Bashar pula, seperti yang dijelaskan tadi mereka memang tidak mempunyai DNA junk” ini. Akan tetapi, kehebatan teknologi Lamarakh ialah mereka mampu mengekstrak DNA mana2 haiwan atau tumbuhan bagi digabungkaan dengan DNA mereka. Dengan kata lain, kalau mereka nak menjadi kuat seperti gajah... mereka mampu mengambil bahagian DNA tertentu gajah bagi dicampurkan dengan DNA mereka. Maka mereka akan kuat seperti gajah. Kalau mereka mahu mempunyai sayap... mereka mampu mengekstrak DNA burung dan mencampurkannya dengan DNA mereka. Maka mereka akan mempunyai sayap dan mampu terbang seperti burung. Begitulah seterusnya, mereka mampu mengekstrak DNA apa sahaja benda di sekeliling mereka bagi memperolehi kebolehan2 luar biasa. Oleh kerana teknologi ini, mereka juga boleh merubah-ubah rupa bentuk fizikal mereka... ala macam Shape-shifter tu la.

Sekarang... cuba bayangkan kalau Al-Insaan dapat mempelajari dan menggunakan teknologi Lamarakh ini? Kita akan mampu mempunyai kebolehan2 luar biasa. Malah... dengan teknologi Lamarakh ini, kita boleh mengaktifkan “DNA junk” kita yang 95% itu dengan mudah... Inilah sebabnya, saki baki Lamarakh Bumi memang keberatan untuk berkongsi teknologi mereka dengan kita Al-Insaan. Kita secara semulajadi telah dianugerahkan oleh Allah suatu pemberian tidak ternilai iaitu “DNA junk”. Adakah kita bersyukur?

Pernah tengok cerita X-Men? Cerita ini sebenarnya diilhamkan daripada kisah pertembungan dan perperangan di antara Atalan dan Lamarakh suatu ketika dahulu. Pernah tengok cerita Spawn? Ia adalah gambaran kehebatan seorang Panglima Lamarakh. Pernah dengar tentang kebolehan Werewolf dan Vampire? Ish... ye ker semua ni? Terpulanglah kepada anda untuk memikirkannya.

[Nota: Secara fizikal, tanda mudah untuk kita membezakan Al-Bashar dengan Al-Insaan ialah Al-Bashar tiada lekukan di bahagian antara bawah hidung dan bibir atas mereka. Kita Al-Insaan mempunyai lekukan ini. Kalau dikawasan Malaysia, Indonesia dan nusantara ini... pernahkah anda mendengar tentang satu kaum iaitu Kaum Kerinchi?

(Insyaallah... bersambung)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...